KENALI STLP

SEJARAH SEKOLAH

SEK. JEN. KEB. (TAMIL) LADANG PELEPAH,
KOTA TINGGI, JOHOR.



Dengan hanya keluasan 0.4 hektar, SJK (T) Ladang Pelepah telah ditubuhkan di Ladang Pelepah, iaitu salah satu stesen RRIM yang beribu pejabat di Ladang Permatang, Kota Tinggi.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1946 dengan bantuan pihak majikan.

Padatahun 1954, sebuah bangunan tetap telah dibina.Pada tahun 1973, sebuah bangunan tandas telah dibina. Sebuah pejabat serta sebuah perpustakaan dibina Pada tahun 1988. Sebuah kantin serta sebuah rumah hijau telah dibina dan seterusnya pada tahun 1992, kawasan sekolah telah dipagar.
Pada tahun yang sama, sebuah bangunan yang terdiri daripada dua bilik darjah telah dibina. Sebuah laluan berbumbung telah dibina untuk kegunaan bilik kemahiran hidup serta sebuah bilik sukan telah dibina pada tahun 1993.Kini dengan bantuan pihak PIBG sekolah ini, kantin telah diubahsuai supaya lebih selesa.Pada tahun 1994, dapat penambahan sebuah bilik darjah di sekolah ini.


Kini bangunan sekolah ini terdiri daripada 3 blok. Blok A mempunyai sebuah pejabat, bilik gurubesar, bilik guru, bilik SPBT, perpustakaan, sebuah bilik darjah serta sebuah bilik sukan yang kecil.Blok B pula terdiri daripada tiga buah bilik darjah yang sederhana dan kantin. Blok C pula mempunyai dua buah bilik darjah dan sebuah bilik sumber.


Pada tahun 2002, ada perubahan keadaan sekolah ini dengan bantuan Bahagian Panti kawasan sekolah ini. Tahun 2005 pula, dengan bantuan bahagian Panti sekali lagi dapat menukarkan kedudukan kantin ke tempat yang lebih selesa dan selamat. RM15,000 dibelanjakan untuk membina kantin ini. Pada tahun 2009 pula,  bangunan kantin lama dirobohkan dan tapak berkenaan diguna untuk membina dua buah bilik darjah  yang kecil. Pada 2011, sekolah dapat dua buah bilik darjah dan sebuah bilik kecil untuk menyimpan barangan sukan.
Kini sekolah ini mempunyai  69 orang murid dengan  11 orang guru termasuk gurubesar serta dua orang staf sokongan. Terdapat enam buah bilik darjah dan tiada kelas bercantum. Baru-baru ini sekolah ini dengan bantuan ibubapa dan pihak PIBG sekolah telah membina sebuah pondok bacaan yang boleh memuatkan murid seramai 15 orang. Suasana yang nyaman dan segar di sekitar ladang getah meningkatkan lagi panaroma serta keindahan sekolah ini.

SEJARAH SEKOLAH DALAM VERSI BAHASA TAMIL

                                                                               akan dimuatnaik ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan